Wednesday, October 21, 2009

Mengapa Falsafah Berfungsi Dalam Hidup Saya

Falsafah boleh berfungsi dalam kehidupan manusia kerana falsafah akan memberi makna kepada kehidupan jika ianya dibentuk dengan sistematik dan percaya kepada sesuatu kewujudan. Jika ini menjadi perkara asas dalam falsafah maka pegangan seseorang tentang aspek ketuhanan tidak boleh dipertikaikan. Melalui falsafah manusia akan faham tentang aspek nilai dan membolehkan mereka berfikir tentang kesan sesuatu tindakan. Ia juga akan membantu manusia untuk berfikir berteraskan logik agar sesuatu penilaian yang dibuat tidak akan mendatangkan kesan yang tidak diingini selain melatih manusia untuk berfikir tentang kebenaran. Oleh itu dengan falsafah, kehidupan manusia akan menjadi lebih baik, berstruktur, berfokus dan bermatlamat.

Tafsiran Falsafah; Menurut Muhamad Khairul Anuar

Falsafah merupakan suatu punca ilmu yang mana dengannya akan melahirkan pemikiran-pemikiran baru yang tidak lari dari tujuan atau makna asal kehidupan insan. Ianya berlaku melalui cara berfikir dan merangkumi logik akal yang menyeluruh dan tiada sempadan tetapi lengkap dari segenap bahagian. Falsafah boleh terbentuk dan dibentuk dari pemikiran yang berteraskan pengetahuan, praktikal dan pengalaman.

Maksud Falsafahr

Falsafah merupakan satu perkataan yang akan memberikan pelbagai maksud mengikut individu yang mendalami tentangnya. Falsafah di dalam bahasa Melayu bermaksud “cinta kepada hikmah”. Falsafah dalam istilah Yunani disebut “Filo” dan “Sofia”. Socretes pula mengatakan falsafah ialah “Ilmu yang menyintai hikmah fitrah semulajadi”, manakala Aristotle pula mengatakan falsafah itu adalah “Suatu ilmu yang mencari sebab-sebab yang jauh ataupun ilmu yang mencari kewujudan sesuatu terhadap sesuatu yang wujud”. Istilah falsafah ini jika dirujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, ianya memberi makna “pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Sepertimana yang katakan oleh Wolff (1989) falsafah adalah cinta kepada kebijaksanaan. Manakala B. Russel (1946) mengatakan falsafah adalah sesuatu diantara teologi dan sains yang mana ianya mengandungi perkara yang belum tepat atau belum nyata. Jika dirujuk kepada W. W. Howick pula beliau mengaitkan falsafah ini di antara manusia dengan alam sejagat. Dari ketiga-tiga pendapat itu bolehlah dikatakan falsafah merupakan suatu usaha berfikir yang tiada akhirnya dengan tujuan mencari kebenaran.